34 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    JPN Selangor akui terima aduan dakwaan guru paksa murid beli insurans

    Shopee Sale

    Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh sepasang suami isteri yang juga guru di sebuah sekolah rendah yang memaksa murid-murid membeli insurans daripada mereka, baru-baru ini.

    Pengarahnya, Jafri Abu berkata pihaknya juga masih meneliti aduan tersebut dan siasatan akan dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.

    “Ya, betul dan dalam makluman JPN. dalam penelitian JPN dan siasatan akan dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang,” katanya dalam mesej ringkas kepada Malaysiakini.

    Jafri berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang ibu yang anaknya dipaksa membeli insurans bagi membolehkannya dilantik sebagai pengawas sekolah atau pembimbing rakan sebaya (PRS).

    Malaysiakini juga menerima sesalinan surat berkenaan.

    Dalam surat tersebut, ibu tunggal terbabit mendakwa anaknya yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima, Klang, Selangor telah dimaklumkan untuk membeli insurans nyawa daripada guru-guru berkenaan sebelum boleh dilantik sebagai pengawas sekolah atau PRS.

    MENARIK:  Hantaran sama isu KK Mart cetus syak wasangka tentang kempen maklumat palsu

    Namun, ekoran masalah kewangan keluarga murid terbabit terpaksa menolak tawaran tersebut.

    Akibatnya, ibu itu mendakwa anaknya tidak dilantik sebagai pengawas.

    Bagaimanapun, dakwanya, pasangan suami isteri guru terbabit tetap memaksa anaknya membuat pembayaran bagi membeli insurans nyawa.

    Menurut ibu itu lagi, dia juga sudah membuat aduan kepada pihak sekolah, namun mendakwa tiada tindakan yang diambil.

    “Sehubungan itu, saya dengan penuh hormat memohon agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan PPD mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat supaya perkara ini tidak berulang lagi pada masa depan,” tulisnya.

    Sesalinan surat itu turut dikongsikan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan timbalannya Wong Kah Woh serta jabatan pendidikan negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah