Kerajaan Malaysia dan bank pelaburan JPMorganChase dilaporkan mencapai penyelesaian berhubung perananan bank itu dalam skandal 1MDB.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, bank terbabit akan menyumbang RM1.4 bilion kepada Akaun Amanah Pemulihan Aset "tanpa pengakuan liabiliti".
Kedua-dua pihak juga, kata MOF, akan menarik balik semua rayuan yang belum selesai berkaitan dengan tuntutan mahkamah 1MDB terhadap JP Morgan (Switzerland) Ltd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Perjanjian penyelesaian itu mengakhiri semua tuntutan sedia ada dan potensi tuntutan serta mengikat kedua-dua pihak daripada sebarang tuntutan atau litigasi masa depan berkaitan 1MDB,” kata kenyataan itu.
[Laporan lanjut menyusul]





