28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jom demo lagi – Gempur Rasuah Sabah tak gentar ancaman saman RM5j

    Shopee Sale

    Satu lagi perhimpunan anti-rasuah sedang dirancang untuk menunjukkan tekad mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

    Penyelaras gerakan Gempur Rasuah Sabah Muhamad Fadhil Muhamad Kasim memberitahu Malaysiakini penganjur perhimpunan itu tidak gentar dengan ancaman saman RM5 juta oleh kumpulan prokerajaan negeri.

    "Kami percaya perjuangan melawan rasuah tanggungjawab bersama setiap rakyat Malaysia, terutamanya mahasiswa sebagai agen perubahan dalam negara.

    "Kami tidak gentar, apatah lagi tergugat, daripada perjuangan suci dan murni ini," tegas presiden Suara Mahasiswa UMS itu.

    'Pembela rasuah' saman pelajar

    Terdahulu hari ini, Sekretariat Gerakan Bangkit Sabahan mengumumkan pihaknya akan memfailkan saman RM5 juta terhadap penganjur dan peserta perhimpunan Gempur Rasuah Sabah, termasuk kumpulan pelajar UMS dan artis Fahmi Reza.

    Kumpulan yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor itu memaklumkan pasukan guaman mereka sedang mengumpul maklumat untuk memudahkan penghantaran surat tuntutan.

    Sementara itu, Fadhil menegaskan kritikan terhadap pihak berkuasa amalan asas dalam demokrasi yang sihat.

    MENARIK:  Pensyarah: Kekaburan pimpinan sukarkan Bersatu damaikan PAS, Gerakan

    "Menyaman pelajar sebanyak RM5 juta hanya kerana mereka bersuara melawan ketirisan dan salah laku itu tindakan lemah dan pengecut oleh pembela rasuah.

    "Perasuah mencuri ratusan juta ringgit manakala pelajar biasa diancam dengan saman RM5 juta," katanya kesal.

    Demo dibayar tak berasas

    Pada hari Isnin, penganjur perhimpunan Gempur Rasuah Sabah telah membuat laporan polis terhadap organisasi pro-Hajiji, Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia, berhubung dakwaan penunjuk perasaan dibayar untuk mencetuskan kekacauan.

    Penganjur perhimpunan antirasuah itu telah berulang kali menafikan sebarang kaitan dengan parti politik.

    Kerajaan negeri Sabah mendapat perhatian ramai selepas seorang ahli perniagaan mendedahkan beberapa siri video dan mesej Whatsapp yang menuduh pentadbiran tersebut terlibat rasuah berkaitan pengeluaran lesen penerokaan mineral.

    Selain itu, pelantikan Musa Aman, bekas ketua menteri Sabah yang paling lama berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah turut menerima kritikan daripada pelbagai pihak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah