29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jerebu: Empat kawasan catat IPU tak sihat

    Shopee Sale

    Empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini.

    Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terbabit adalah Seremban, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 155, Nilai (154), Johan Setia di Selangor (151) dan Balok Baru Kuantan, Pahang (140). 

    Menurut klasifikasi JAS bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang boleh memberikan kesan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak serta individu yang menghidap penyakit pernafasan.

    MENARIK:  Polis jejak transaksi, aset GISBH - IGP

    Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara dan orang ramai boleh merujuk laman sesawang atau memuat turun aplikasi MyJAS EQMS di Google Play atau App Store.

    Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan nasihat kesihatan dan langkah pencegahan semasa jerebu yang boleh didapati menerusi laman sesawang http://www.moh.gov.my.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah