29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jauhi sikap bengis – PM kecam perbuatan tampar bukan Muslim

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam insiden baru-baru ini yang menyaksikan seorang bukan Muslim ditampar kerana makan di khalayak ramai pada siang hari dalam bulan Ramadan.

    Dalam mesej yang disampaikan oleh setiausaha akhbar kanannya, Tunku Nashrul Abaidah, Anwar berkata perbuatan seperti itu perlu dihentikan segera.

    "Apa gunanya kita bicara soal Islam serta keindahannya, terutama di bulan Ramadan, sekiranya ia tidak membina kekuatan dalaman dan menjauhkan kita dari sikap yang bengis dan mengancam keamanan dan kerukunan.

    MENARIK:  Rasuah RM2.8 juta: Kronologi kes Bung Moktar, Zizie Izette

    "YAB PM percaya isu yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan bangsa ini boleh dielakkan jika semua pihak patuh dan komited mengamalkan prinsip hormat menghormati antara satu sama lain bagi membina sebuah negara yang bertamadun,” kata Nashrul semasa taklimat oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah