28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    JAS Kedah siasat pembuangan sisa sarung tangan lateks

    Shopee Sale

    Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menyiasat kes pembuangan sisa dipercayai sarung tangan lateks di sebuah tapak pembinaan kilang di Kulim.

    Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menerima aduan mengenai penemuan sisa disyaki buangan terjadual itu melalui e-mel pada Jumaat lepas selepas ditemui perunding yang sedang menjalankan kajian teknikal di tapak pembinaan berkenaan.

    “Bertindak atas aduan itu, JAS telah menjalankan siasatan semalam dan mendapati buangan yang ditinggalkan itu berkemungkinan adalah sarung tangan lateks bersama bahan-bahan lain dianggarkan berjumlah satu metrik tan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata sampel berlainan komposisi diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Pulau Pinang untuk dianalisa.

    Sharifah Zakiah berkata sekiranya didapati buangan itu adalah sisa pepejal (bukan buangan terjadual), kes akan diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Kulim Hi-Tech Park untuk tindakan lanjut.

    MENARIK:  Polis S'gor, Mais dan Jais kongsi maklumat GISBH sejak awal

    Namun, beliau berkata jika ia sisa buangan terjadual, tindakan akan diambil mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024).

    Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai pencemaran termasuk pelupusan haram boleh memberikan maklumat kepada JAS Kedah melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau e-mel ke [email protected].

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah