27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan politikkan kematian Truper Indiran, kata menteri

    Shopee Sale

    Tiada unsur penderaan atau buli dikesan dalam kematian anggota tentera Truper K Indiran, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.

    Dia berkata perkara itu dimaklumkan berdasarkan hasil bezah siasat yang dijalankan pagi ini.

    “Jangan dipolitikkan isu ini, biarlah perkara ini disiasat dahulu,” katanya selepas menyerahkan Bantuan Persekolahan Kembali ke Sekolah bagi Parlimen Pasir Gudang di Johor Bahru hari ini.

    Mohamed Khaled berkata dia juga tidak menolak kemungkinan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara itu sekiranya perlu.

    MIC Pulau Pinang sebelum ini menggesa siasatan menyeluruh dan telus dijalankan berhubung kematian mendiang Indiran, 22, dan mendakwa kemungkin besar wujud kecederaan dalaman yang memerlukan siasatan lanjut.

    Pada 18 Feb lepas, Indiran yang sedang mengikuti kursus kru Armor di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan.

    MENARIK:  Bersih kemuka 5 syor untuk tambah baik MOU kerajaan-PN

    Mendiang adalah anak kepada Mejar C Kayamboo, iaitu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam nahas pesawat TUDM jenis Beechcraft B200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang sebelum terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 2016.

    Mendiang dijangka dikebumikan bersebelahan pusara bapanya di Tanah Perkuburan India Batu Lanchang hari ini.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah