26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan keruhkan keadaan, kata menteri perpaduan

    Shopee Sale

    Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang mengingatkan supaya tiada pihak mengeruhkan keadaan dan membuat provokasi dalam isu penjualan sandwic ‘ham’ yang logo halalnya dipertikai.

    Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas KK Mart cawangan Universiti Malaya, Kuala Lumpur disimbah cat.

    “Saya ingin menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keharmonian negara yang kita bina bersama selama ini,” katanya.

    Aaron mengingatkan bahawa kes itu telah berada dalam siasatan polis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri (KPDN).

    Dalam kenyataan hari ini, Aaron berkata kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkukuh perihal pengurusan perpaduan dan keharmonian.

    MENARIK:  Aktivis gagal rayu mohon cabar keputusan AG tak dakwa 2 pendakwah

    “Saya juga ingin menekankan bahawa perpaduan bukanlah tugas eksklusif kerajaan semata-mata, tetapi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia,” katanya.

    Sementara itu, UM pula dalam kenyataan hari ini berkata akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

    UM juga menyeru mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden itu  untuk tampil bagi membantu siasatan.

    “UM juga menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” kata universiti itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah