26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan jadikan kematian mangsa buli senjata politik, kata PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan kematian mangsa buli sebagai senjata politik.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tindakan menggunakan kematian mangsa buli untuk tujuan penipuan dan hasutan adalah perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.

    “Soal media sosial ini, kita kawal (tapi) ada batasnya. Umpamanya yang terbaru, seseorang yang kata dia itu doktor patologi bagi gambaran (bezah siasat Zara Qairina Mahathir) dan ini meracuni pemikiran jutaan orang sehingga ada rakan, isteri, sahabat bertanya PM (Perdana Menteri) apa ini?

    MENARIK:  4 termasuk ‘datuk seri’ direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM360 juta

    “Orang itu (Zara Qairina) dah terkorban, kemudian kita jadikan ini sebagai satu senjata politik untuk menikam orang lain. Kalau benar tak apa, mana boleh kita mainkan (isu ini) seolah kematian orang itu (digunakan untuk) menipu dan menghasut sebegitu rupa,” katanya.

    Anwar berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah