30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu stoking: Mesti ada tindakan, tapi jangan hukum melampau – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri, Anwar Ibrahim perkata kontroversi membabitkan isu stoking yang tertera kalimah "Allah" perlu diambil tindakan mengikut garis undang-undang.

    Namun Anwar menegaskan hukuman terhadap pihak terbabit tidak seharusnya berlebihan.

    "Pandangan saya jelas. Ada laporan, ada keterlanjuran. Mesti ada tindakan segera. Kemudian keputusan mengikut jalur hukum.

    "Mesti maju terus. Kenapa kita mesti terperanangkap dengan isu-isu ini yang berpanjangan? Ada laporan, ambil tindakan," kata Anwar pada majlis berbuka puasa bersama petugas media di Putrajaya malam ini.

    Kata Anwar dia berharap agar isu itu dapat ditamatkan.

    “Jangan ada penghinaan terhadap agama apa lagi Islam.

    “Jangan kita terus dengan perbincangan ini seolah-olah ada malapetaka besar dalam negara ini. Ambil tindakan tegas, segera. Dan kita kemudian harus maju dalam lapangan yang nak kita terokai.

    "Hukuman pun jangan hukuman yang melampau. Ada orang lakukan kesalahan sebagaimana kita juga lakukan kesalahan. Janganlah seolah-olah macam mendera orang lebih dari yang sepatutnya," kata Anwar.

    MENARIK:  Jeffrey mengaku jumpa Tei, dakwa ada 'tangan tersebunyi' terlibat

    Mengenai ahli politik dalam kerajaan yang dilihat bertikam lidah mengenai perkara itu, dia berkata kerajaan adalah demokratik dan percaya kepada kebebasan untuk bersuara secara kritis.

    "Dalam kerangka badan politik yang bebas dan demokratik, tak boleh diikut sistem walak. Dalam parti yang mengekang pemikiran bebas, ia tidak mengizinkan. Kita membolehkan.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah