25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Isu rumah ibadat perlu ditangani berlandaskan undang-undang’

    Shopee Sale

    Pengurusan isu berkaitan tadbir urus rumah ibadat di negara ini perlu dilaksanakan berlandaskan kerangka perundangan sedia ada serta prinsip kedaulatan undang-undang, selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat Malaysia Madani, menurut Kementerian Perpaduan Negara.

    Dalam kenyataan hari ini kementerian berkenaan memaklumkan urusan berkaitan pembinaan, pengubahsuaian dan pematuhan rumah ibadat adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui peruntukan undang-undang berkaitan.

    "Sehubungan itu, ditegaskan bahawa sebarang isu berkaitan rumah ibadat perlu ditangani secara berhemah, berfakta dan berlandaskan undang-undang, tanpa mengheret sentimen perkauman atau keagamaan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat," menurut kenyataan itu di Putrajaya hari ini.

    Antara peruntukan utama ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawal selia struktur bangunan, kebersihan serta memastikan tiada pembinaan rumah ibadat dilakukan tanpa kebenaran di kawasan pentadbiran masing-masing.

    MENARIK:  Adik Zahid masuk PAS tak jadi kudis buat Umno - Puad

    Selain itu, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) turut diguna pakai bagi mengawal aspek teknikal pembinaan dan keselamatan struktur bangunan rumah ibadat demi menjamin keselamatan awam.

    Kementerian Perpaduan Negara juga memaklumkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dilaksanakan melalui PLANMalaysia bagi tujuan peranancangan pengezonan serta penetapan tapak khusus rumah ibadat dalam Rancangan Tempatan.

    “Pihak kementerian akan kekal komited dalam memainkan perananan sebagai pemudah cara bagi memperkukuh kefahaman, dialog dan keharmonian antara penganut agama, sambil menghormati bidang kuasa agensi berkaitan serta keputusan pihak berkuasa yang berlandaskan undang-undang.

    “Justeru, semua pihak diseru agar menghormati proses perundangan, mengelakkan spekulasi serta mengekalkan semangat saling menghormati demi memelihara perpaduan nasional dan kestabilan negara,” menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah