28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Isu berkaitan Laut China Selatan perlu ditangani menerusi Asean’

    Shopee Sale

    Sebarang isu berkaitan Laut China Selatan perlu ditangani secara berterusan menerusi Asean, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Khaled berkata tiada isu jika kapal asing melalui Laut China Selatan kerana ia adalah laluan bebas namun isu akan timbul jika kapal asing terbabit berhenti di kawasan perairan ini.

    "Kehadiran mana-mana kapal asing di Laut China Selatan tidak seharusnya dianggap sebagai satu pencerobohan kerana kawasan perairan itu adalah laluan bebas. Namun jika kita menganggapnya sebagai satu bentuk pencerobohan, kita akan mengeluarkan nota bantahan berhubung kehadiran kapal terbabit kepada negara yang berkenaan termasuk China,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Korea Aerospace Industries (KAI) di Jinju, Korea Selatan semalam.

    Media antarabangsa melaporkan China telah meningkatkan kehadiran pasukan ketenteraan dan pengawal pantainya di Laut China Selatan sejak awal tahun ini.

    Ini telah menyebabkan beberapa insiden konfrontasi antara pengawal pantai China dan Filipina sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di kawasan perairan yang menjadi pertikaian itu dengan insiden terbaharu pada 31 Ogos lepas.

    MENARIK:  Akta Hasutan tak dimansuh atau dipinda buat masa ini - KDN

    Khaled juga berkata jika terdapat sebarang aktiviti di luar kebiasaan, Malaysia akan bertindak mengikut amalan dan norma antarabangsa.

    “Justeru itu, saya menggesa rakyat Malaysia agar tidak begitu gusar dengan isu ini dan menaruh penuh keyakinan terhadap kemampuan pasukan keselamatan negara untuk melindungi kawasan perairan ini,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah