34.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu bendera: Tak perlu berhimpunan, tindakan sudah diambil – polis

    Shopee Sale

    Polis menasihatkan Pemuda Umno supaya tidak meneruskan rancangan mereka untuk memprotes isu dakwaan kesalahan mengenai bendera di Pulau Pinang.

    Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Alwi Zainal Abidin berkata pihak berkuasa sudah mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian itu termasuk menahan individu terbabit.

    "PDRM menyarankan perhimpunan tersebut tidak perlu dilaksanakan.

    "Ini kerana PDRM telah mengambil tindakan sewajarnya dan tangkapan individu terlibat telah dibuat. Malah kertas siasatan akan kita kemukakan kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk cadang pertuduhan," katanya kepada Malaysiakini.

    Menurutnya, polis juga masih belum menerima sebarang notis daripada penganjur protes berkenaan rancangan mereka.

    MENARIK:  Pengawal keselamatan warga S'pura hina Islam dipenjara 14 hari, denda RM7,000

    Semalam, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mengumumkan rancangannya untuk melawat dan mengajar pemilik kedai di Pulau Pinang mengenai cara memasang Jalur Gemilang dengan betul.

    Berikutan itu, sayap parti itu juga bercadang untuk menggerakkan orang ramai untuk mengadakan perhimpunan bantahan di kedai di Kepala Batas itu esok.

    Kesilapan bendera terbaru tular di media sosial semalam selepas akaun Facebook dengan nama Nazirul Hafiz menyiarkan video berdurasi 20 saat, di mana seorang lelaki dilihat membawa bendera terbalik di atas tiang, manakala seorang lagi merakamnya.

    Polis telah melancarkan siasatan dan menahan seorang lelaki berhubung kejadian itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah