24.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Israel jadikan Gaza neraka dunia – pegawai PBB

    Shopee Sale

    Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths, berkata bahawa pengeboman Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah menjadikan sektor yang dikepung itu sebagai neraka di dunia.

    Griffiths berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Semenanjung Gaza yang berada di ambang kebuluran adalah hampir mustahil, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (Wafa).

    Beliau menyatakan infrastruktur di Semenanjung Gaza telah mengalami kerosakan yang teruk dan terdapat pempolitikan bantuan di tengah-tengah penularan kelaparan dan penyakit dalam kalangan orang awam.

    Beliau juga menegaskan bahawa petugas kemanusiaan dan PBB di Gaza telah terbunuh dalam jumlah yang tidak munasabah.

    Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan PBB itu berkata senjata terus memasuki Israel dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain walaupun terdapat kesan dahsyat serangan terhadap orang awam di Gaza.

    MENARIK:  Rogol 'suka sama suka' pendapat peribadi ketua polis Kelantan - Saifuddin

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah