24.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rogol ‘suka sama suka’ pendapat peribadi ketua polis Kelantan – Saifuddin

    Shopee Sale

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan cadangan Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berhubung tindakan terhadap pelaku jenayah seksual bawah umur dengan kerelaan, atau suka sama suka, sebagai pandangan peribadi.

    Bercakap pada sidang media selepas melakukan tinjauan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara sempena hari pertama penggantian cip MyKad rosak percuma di Putrajaya hari ini, beliau berkata cadangan itu adalah berdasarkan angka dan statistik kes tersebut di Kelantan.

    “Itu pendapat beliau... belum sampai masanya untuk saya bagi komen apa-apa... Mohd Yusoff bagi pandangan berasaskan kepada angka-angka yang berlaku di Kelantan,” katanya.

    MENARIK:  'Musuh Bersatu takut tengok gambar Muhyiddin diapit Hamzah, Azmin'

    Ketua Polis Kelantan itu telah mencadangkan agar satu perbincangan diadakan mengenai isu kes rogol "suka sama suka" supaya tindakan diambil kepada pasangan terbabit dan bukan hanya terhadap pihak lelaki.

    Dalam pada itu, Saifuddin Nasution membidas tindakan segelintir pihak termasuk kumpulan hak asasi manusia yang mengeluarkan kenyataan mengecam cadangan Mohd Yusoff.

    “Polis luka, kena baling serpihan batu, senyap, sepi... tak ada satu ulasan pun daripada kumpulan ini... nak jadi pejuang hak asasi ini, kena jadi semua,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah