34 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ismail Sabri mahu k’jaan jelaskan keputusan tukar tempat tahanan Najib

    Shopee Sale

    Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mahu kerajaan menjelaskan jika wujud lampiran rayuan penukaran tempat tahanan Najib Razak dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah.

    Katanya, dia difahamkan wujud lampiran supaya bekas perdana menteri itu ditukarkan tempat tahanan sewaktu membuat rayuan pengampunan.

    “Saya difahamkan ada lampiran supaya dia ditukarkan tempat tahanan dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah, dan difahamkan ada di dalam petisyen permohonan.

    “Jadi soalan saya, apakah ini benar atau tidak? Kalau benar, adakah ia dibincangkan semasa pembentangan rayuan dan apakah keputusannya?” soalnya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat, hari ini.

    Pada 2 Februari lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu yang ditahan di Penjara Kajang.

    Dengan pengurangan separuh hukumannya itu, Najib dijangka dibebaskan pada 23 Ogos 2028 manakala denda yang perlu dibayar oleh Najib ialah sebanyak RM50 juta. Jumlah asal yang diputuskan mahkamah sebelum ini ialah RM210 juta.

    MENARIK:  Fadhli cabar menteri: Buktikan tujuh pemain warisan fasih Melayu

    Bagaimanapun, jika bekas presiden Umno itu gagal membayar denda tersebut dia perlu menjalani tempoh penjara tambahan selama setahun lagi.

    Najib disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).

    Susulan itu, dia dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah