31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iran sedia beri ‘pengajaran yang tak dapat dilupakan’ kepada penceroboh

    Shopee Sale

    Iran bersedia memberi “pengajaran yang tidak dapat dilupakan” terhadap sebarang pencerobohan, kata Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Qalibaf pada Isnin selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menolak cadangan terbaharu Tehran untuk menamatkan peranang, lapor Anadolu Ajansi.

    “Angkatan tentera kami bersedia memberi pengajaran yang akan diingati terhadap sebarang pencerobohan.

    “Strategi yang salah dan keputusan yang salah sentiasa menghasilkan natijah yang salah. Seluruh dunia sudah memahami perkara ini,” kata Qalibaf dalam hantaran di platform X.

    Mohammad Bagher Qalibaf (kanan)

    Qalibaf turut memberi amaran bahawa Iran bersedia menghadapi “semua pilihan”, sambil berkata pihak lawan “akan terkejut.”

    Dalam hantaran berasingan di X, beliau berkata tiada “alternatif” selain menerima hak rakyat Iran seperti yang digariskan dalam cadangan 14 perkara Tehran.

    “Sebarang pendekatan lain tidak akan membawa hasil; melainkan satu kegagalan demi satu kegagalan.

    “Semakin lama mereka berlengah, semakin banyak pembayar cukai Amerika akan menanggung akibatnya,” kata beliau.

    Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi mengkritik usaha diketuai Amerika Syarikat berhubung cadangan draf Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Selat Hormuz.

    MENARIK:  Penjawat awam bekerja dari rumah mulai esok

    Dalam hantaran di X, Gharibabadi berkata usaha Amerika Syarikat dan beberapa rakan serantau untuk mengemukakan draf resolusi mengenai laluan air strategik itu bertujuan “memutarbelitkan realiti” berhubung apa yang disifatkannya sebagai pencerobohan tentera dan sekatan haram terhadap Iran.

    Beliau berkata kebebasan pelayaran tidak boleh ditafsir secara terpilih atau secara berasingan daripada Piagam PBB, manakala sebarang inisiatif mengenai keselamatan maritim yang mengabaikan “penggunaan kekerasan, sekatan laut dan ancaman berterusan” tidak memiliki keberkecualian dan kredibiliti.

    Gharibabadi turut berhujah bahawa sebarang cadangan berkaitan Selat Hormuz yang gagal menangani apa yang disifatkan Tehran sebagai pencerobohan serta “hak sah” Iran untuk mempertahankan kepentingan keselamatannya adalah “berat sebelah, bermotif politik dan pasti akan gagal.”

    Amaran itu dibuat selepas Trump menolak maklum balas terbaharu Iran terhadap cadangan Amerika Syarikat untuk menamatkan peranang sebagai “langsung tidak boleh diterima.”

    Pegawai dan media Iran berkata cadangan Tehran tertumpu kepada usaha menamatkan peranang, menarik balik sekatan dan memulihkan keselamatan maritim di Selat Hormuz.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah