29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Inspektor rempuh polis trafik, beberapa kenderaan direman empat hari

    Shopee Sale

    Pegawai polis yang disyaki terlibat dalam insiden merempuh seorang anggota polis trafik dan beberapa kenderaan di ibu negara, direman empat hari bagi membantu siasatan.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa dalam kenyataan berkata perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Liana Sulaiman di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini.

    "Kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dalam tempoh reman ini sebelum dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk sebarang pertuduhan," katanya, menambah kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam menjalankan tugas).

    Suspek yang merupakan pegawai polis berpangkat Inspektor berusia 40 tahun berada dalam buruan polis selepas dipercayai merempuh seorang anggota trafik dari arah belakang di Jalan Sultan Yahya Petra pada Jumaat lepas.

    MENARIK:  Reman suspek bunuh Cikgu Istiqomah disambung 7 hari

    Lelaki itu berjaya ditahan di kawasan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur petang semalam selepas kenderaannya dikesan di sekitar Jalan Cheras hasil risikan dan semakan kamera litar tertutup (CCTV).

    Dalam cubaan meloloskan diri, suspek merempuh beberapa kenderaan awam termasuk sebuah kenderaan utiliti pelbagai guna (MPV) polis sebelum akhirnya berjaya dikepung dan ditahan.

    Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek sedang menjalani cuti perubatan khas, selain dalam proses untuk dibersarakan atas syor Lembaga Perubatan kerana menghidap skizofrenia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah