28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Inkues Zara: Larangan media kekal hingga saksi kanak-kanak tamat keterangan

    Shopee Sale

    Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu hari ini mengekalkan status quo untuk tidak membenarkan pengamal media membuat liputan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir melibatkan saksi kanak-kanak yang mula memberi keterangan sejak Isnin lepas.

    Koroner Amir Shah Amir Hassan membuat keputusan itu selepas Pengarah Pendakwaan Sabah merangkap pengendali inkues Nahra Dollah memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak membenarkan media berada dalam prosiding berkenaan sehingga semua saksi kanak-kanak selesai memberi keterangan.

    Bagaimanapun, Amir Shah berkata pihak media boleh mendapatkan maklumat berhubung prosiding berkenaan melalui peguam yang terlibat selepas kes tamat.

    Perkara itu disahkan Nahra serta peguam Datuk Ram Singh dan Shahlan Jufri ketika ditemui selepas prosiding inkues yang memasuki hari ke-14, hari ini.

    Semalam, Nahra memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mendapatkan arahan daripada Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkaitan liputan media kes berkenaan berikutan saksi kanak-kanak telah mula memberi keterangan.

    Beliau memaklumkan demikian apabila Amir Shah bertanyakan sama ada media boleh dibenarkan untuk membuat liputan prosiding memandangkan kes berkenaan berprofil tinggi.

    MENARIK:  ULASAN | Reformasi AG dan pendakwa raya: Kajian tidak boleh jadi alasan

    Berdasarkan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2017, secara jelas melarang penerbitan sebarang maklumat yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak.

    Sejak Isnin, petugas media tidak dibenarkan memasuki ruang mahkamah semasa keterangan secara tertutup bagi melindungi identiti saksi kanak-kanak dan setakat ini, tiga saksi pelajar telah memberi keterangan.

    Sebanyak 32 lagi saksi kanak-kanak dijangka memberi keterangan dalam inkues berkenaan pada sesi akan datang.

    Selain itu, setakat ini, lapan saksi dewasa telah memberikan keterangan dalam prosiding itu, dengan 25 saksi dewasa dijangka memberi keterangan pada sesi akan datang.

    Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

    Pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bezah siasat dilakukan dan selepas meneliti laporan siasatan polis, AGC pada 13 Ogos mengarahkan agar inkues dijalankan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah