25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Indonesia dapat pengalaman berharga walau kalah kepada Bulgaria

    Shopee Sale

    Pasukan bola sepak Indonesia mendapat pengalaman berharga walaupun kalah tipis 0-1 di tangan Bulgaria, pasukan yang rankingnya jauh lebih tinggi, malam tadi.

    “Persembahan malam ini, saya fikir kami boleh mengambil perkara-perkara positif. 

    “Sebagai satu pasukan, kami komited, komited dari segi fizikal permainan, dan komited terhadap gaya permainan,” kata jurulatihnya John Herdman.

    Dalam perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, di ranking 120, tewas kepada Bulgaria di ranking 86 dunia, melalui sepakan penalti di minit ke-38 walaupun menguasai perlawanan.

    Bulgaria tampil dengan pendekatan bertahan dan menunggu, walaupun berada di ranking jauh lebih tinggi.

    MENARIK:  Permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis

    Skuad Garuda yang dikuasai pemain naturalisasi berada di ranking 120 berbanding Bulgaria di kedudukan ke-86 dunia.

    Herdman bagaimanapun memuji prestasi anak buahnya malam tadi dan menganggap mereka sepatutnya menang.

    Pengendali Inggeris itu juga memuji bagaimana lawannya itu menukar tempo bagi memenangi perlawanan.

    “Mereka memperlahankan tempo, yang bagus untuk mereka kerana itulah cara mereka memenangi perlawanan bola sepak,” jelas Herdman.

    Pasukan Indonesia kendalian Herdman memulakan kempen Fifa Series 2026 dengan membelasah Saint Kitts and Nevis 4-0  pada Jumaat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah