33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu muat naik gambar pijak al-Quran mohon maaf

    Shopee Sale

    Seorang pengguna media sosial memohon maaf secara terbuka selepas memuat naik 

    gambar al-Quran dipijak di media sosialnya.

    Menulis di media sosial tengah malam tadi, individu berkenaan mengakui perbuatannya itu adalah kesilapan besar yang tidak menghormati kesucian agama Islam.

    "Saya ingin memohon maaf dengan sepenuh hati atas gambar yang saya muat naik sebelum ini yang melibatkan Al-Quran. 

    “Perbuatan saya adalah salah, tidak beradab dan sangat tidak menghormati. Tiada alasan yang boleh membenarkan tindakan saya," katanya di Threads.

    Mengulas lanjut mengenai motif tindakannya, individu itu menjelaskan bahawa hantaran tersebut dibuat ketika dia sedang dipengaruhi perasaan marah dan dendam.

    "Saya akui bahawa saya bertindak dalam keadaan marah dan dipengaruhi perasaan dendam. Ketika itu saya tidak berada dalam keadaan fikiran yang waras dan tenang. 

    “Saya membiarkan emosi menguasai diri sehingga melakukan sesuatu yang sangat saya kesali sekarang," tambahnya lagi.

    MENARIK:  BN nafi kaitan dengan parti Teras di Sarawak

    Individu tersebut turut menyatakan bahawa dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tindakan itu tanpa menyalahkan pihak lain. 

    Dia juga mengesahkan telah memadam hantaran berkenaan dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan.

    Dicekup awal pagi

    Sementara itu, seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dilapor ditahan polis hari ini untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.

    Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata pelajar itu ditahan awal pagi ini di Kuantan.

    Yahaya Othman

    Selain memijak al-Quran, individu itu turut didakwa memuat naik gambar dan komen yang menghina Nabi Muhammad.

    Dia disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana menghina agama lain dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah