27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hubungan terlarang dengan juruteknik: Guru terlibat direhatkan – Fadhlina

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak ‘merehatkan’ guru yang terlibat dalam hubungan terlarang dengan seorang juruteknik pendawaian daripada mengajar sehingga siasatan dalaman berhubung isu itu selesai.

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata meskipun guru itu direhatkan daripada mengajar, beliau masih menjalankan tugas sebagai penjawat awam dan tindakan tersebut diambil agar siasatan yang dilakukan tidak terganggu.

    “Saya ingin memberikan jaminan kepada semua pihak apabila perkara-perkara yang terkait rapat dengan integriti guru dan akhlak guru, KPM mengambilnya secara serius,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Dermasiswa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia anjuran Farm Fresh Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah di sini hari ini.

    MENARIK:  Saifuddin Nasution: KDN ada maklumat keberadaan Victor Chin

    Beliau berkata KPM mengambil tanggungjawab penuh untuk memastikan guru-guru di negara ini mematuhi semua integriti dan etika keguruan yang telah ditetapkan oleh kementerian.

    Fadhlina juga berkata KPM akan sentiasa mengingatkan guru-guru tentang tingkah laku mereka sama ada di dalam mahupun di luar sekolah kerana warga pendidik membawa imej keguruan yang sentiasa dilihat sebagai suri teladan dalam masyarakat.

    Baru-baru ini, tular di media sosial hubungan terlarang antara seorang guru wanita dengan lelaki yang menawarkan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup dan pendawaian elektrik di rumah meskipun masing-masing sudah berumah tangga.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah