26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Himpunan Solidariti – Najib terharu, ucapkan penghargaan

    Shopee Sale

    Bekas Perdana Menteri Najib Razak merakamkan penghargaan yang mendalam ke atas sokongan padu yang ditunjukkan untuk perhimpunan ‘Solidariti 4 Najib Razak’ yang akan berlangsung pada 6 Januari ini di Istana Kehakiman, Putrajaya.

    Mesej penghargaan itu disampaikan oleh anaknya, Nazif Najib yang memaklumkan kepada ayahandanya mengenai usaha ikhlas semua pihak, khususnya pemimpin dan ahli Umno.

    “Ini termasuk penyediaan bas, kereta, dan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi. 

    “Beliau (Najib) amat terharu dan mengucapkan penghargaan yang mendalam kepada setiap seorang daripada anda.

    “Kesungguhan ini mencerminkan keutuhan kita sebagai sebuah parti dan kesetiaan kita terhadap perjuangan. Insya-Allah, dengan doa dan usaha bersama, kita akan melihat kejayaan yang direda.,” kata Nazif menerusi satu hantaran di Facebook.

    Perhimpunan yang dirancang itu serentak dengan perbicaraan berhubung dakwaan titah addendum Yang di-Pertuan Agong yang berpotensi menyaksikan Najib menjalani baki tempoh penjaranya di bawah tahanan rumah.

    MENARIK:  Perwakilan MIC lulus usul keluar BN, sertai PN

    Bagaimanapun ia telah menimbulkan persoalan, terutamanya selepas PAS menggesa ahlinya untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

    Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, memberi amaran bahawa sebarang program bersama antara Umno dan PAS – sama ada perhimpunan solidariti atau demonstrasi – berisiko menggugat kestabilan politik dan menimbulkan keraguan terhadap kedudukan Umno dalam kerajaan.

    Namun, beberapa pemimpin Umno menjelaskan bahawa perhimpunan itu tidak berkaitan dengan politik, dan parti tersebut tidak pernah berkomunikasi dengan PAS mengenai acara berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah