31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hezbollah serang tentera Israel dekat sempada di selatan Lubnan

    Shopee Sale

    GLOBAL l Kumpulan Hezbollah Lubnan pada Ahad mendakwa telah menyerang pasukan tentera Israel di selatan Lubnan menyebabkan ada yang terkorban.

    Serangan itu berlaku di kawasan berhampiran dengan bandar Wazzani, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Hezbollah.

    Hezbollah mendakwa anggotanya turut berjaya menyerang sistem pengawasan Israel berhampiran sempadan.

    Israel belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu setakat ini.

    Sementara itu, Agensi Berita Lubnan melaporkan Israel turut membedil bandar Al-Khiam, Marjaayoun dan Wazzani.

    Belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.

    Ketegangan kini memuncak di sepanjang sempadan antara Lubnan dan Israel sejak kedua-dua pihak mula berperanang pada tahun 2006.

    MENARIK:  Lesen PSV pemandu e-hailing dibatalkan serta-merta akibat gangguan seksual

    Ketegangan di sempadan itu berlaku di tengah-tengah serangan berterusan tentera Israel di Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 30,410 orang sejak 7 Okt lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah