29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Henti sebar spekulasi kes bunuh dua beranak di Juru – polis

    Shopee Sale

    Polis menasihatkan orang ramai agar menghentikan spekulasi dan penyebaran maklumat tidak sahih berhubung kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Sabtu lepas.

    Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata tindakan itu boleh menjejaskan siasatan yang masih dijalankan bagi mengenal pasti pelaku sebenar serta motif kejadian.

    “Saya menasihatkan orang ramai supaya henti buat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya ketika dihubungi di Bukit Mertajam, hari ini.

    MENARIK:  Bersatu lulus usul namakan Muhyiddin PM ke-11

    Dalam kejadian itu, Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemukan mati di rumah sewa mereka, dengan mayat wanita itu dijumpai di dapur manakala anaknya di tingkat atas.

    Tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang warga Bangladesh direman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah