27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Heathrow ditutup, 4 penerbangan Malaysia Airlines ke London terjejas

    Shopee Sale

    Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Heathrow London kata Malaysia Aviation Group (MAG).

    Katanya, lapangan terbang itu ditutup selepas berlaku kebakaran di stesen janakuasa elektrik berhampiran mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

    Menurut MAG penerbangan Malaysia Airlines MH2 yang berlepas pada jam 11.37 malam 20 Mac dari Kuala Lumpur ke London telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam di Belanda.

    Pesawat yang membawa 246 penumpang dan 17 anak kapal itu, kata MAG, selamat mendarat pada jam 6.19 pagi waktu tempatan Amsterdam.

    "Penumpang ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang, manakala ada juga dipindahkan dalam penerbangan lain," katanya dalam satu kenyataan.

    MENARIK:  Rusia anggap M'sia rakan strategik dipercayai dalam perkukuh kerjasama serantau

    Sementara itu, penerbangan MH4 pada 21 Mac yang membawa 187 penumpang dan 17 anak kapal akan pulang ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba pada 3.30 petang hari ini.

    Kata MAG, penerbangan lain yang terjejas ialah MH1 dan MH3 dari London ke Kuala Lumpur hari ini.

    “Malaysia Airlines amat kesal atas kesulitan dan gangguan yang berlaku menyebabkan rancangan perjalanan penumpang kami terjejas.

    "Keselamatan kekal sebagai keutamaan nombor satu kepada Malaysia Airlines," katanya.

    Menurut laporan media, lapangan terbang London Heathrow akan ditutup sehingga tengah malam Jumaat (waktu tempatan).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah