27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harga petrol, diesel ‘naik’: Laporan media asing tak betul – Fahmi

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini menyangkal laporan media luar negara kononnya kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

    Jurucakap kerajaan itu berkata mesyuarat jemaah menteri tidak langsung membincangkan perkara itu sebelum ini termasuk pada minggu lepas.

    "Saya meneliti perkara itu dan saya boleh mengesahkan di sini saya ahli jemaah menteri, kami tidak bincang perkara ini pun.

    "Jadi, don't put the cart before the horse, atau jangan umum sesuatu perkara itu sebelum ia diumumkan.

    "Kita lihat ada beberapa akhbar yang berpangkalan di luar negara telah mendahului proses dan saya harap semua pihak termasuk media mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi," katanya ketika berucap pada program Jiwa Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor, George Town hari ini.

    MENARIK:  Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri

    Fahmi turut meningatkan semua media agar tidak membuat laporan berita bersandarkan maklumat daripada sumber yang tidak dapat disahkan atau tidak dikenal pasti.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah