26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harga minyak turun kesan harapan di Asia Barat

    Shopee Sale

    GLOBAL | Harga minyak global turun apabila minyak mentah Brent jatuh kepada AS$97 setong ketika terbitnya harapan baru untuk usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan di Asia Barat.

    Anadolu Ajansi melaporkan niaga hadapan minyak mentah Brent penanda aras antarabangsa didagangkan pada AS$98.2 setong setakat 0030 GMT (8.30 pagi waktu Malaysia) pada Rabu.

    Menurut agensi berita itu, harga menurun selepas keluar laporan mengenai rundingan baru untuk menstabilkan rantau berkenaan dan mencegah gangguan bekalan.

    MENARIK:  Polis akan buka semula siasatan kes kematian Wan Faris

    Laporan berita juga mendakwa AS sedang mengusahakan gencatan senjata untuk memudah cara rundingan manakala, The New York Times melaporkan Washington menghantar cadangan 15 perkara kepada Tehran bagi menyelesaikan konflik semasa.

    Pada Selasa, harga minyak meningkat selepas Tehran menafikan terlibat dalam rundingan dengan AS dan memberi isyarat ia tidak berhasrat untuk memulihkan keadaan perkapalan di Selat Hormuz.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah