32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gerakan: Perjelas rancangan Petronas jual syarikat di Kanada

    Shopee Sale

    Gerakan menggesa kerajaan untuk tampil memberi penjelasan berhubung laporan bahawa Petronas merancang untuk menjual kepentingannya dalam syarikat gas asli cecair (LNG) di Kanada, progress Energy.

    Ia susulan laporan yang mendakwa Petronas sedang meneliti beberapa pilihan berhubung masa depan anak syarikatnya itu.

    "Walaupun Petronas masih dalam peringkat perbincangan mengenai rancangan tersebut dan belum membuat keputusan muktamad, kerajaan tetap bertanggungjawab terhadap rancangan ini.

    "Ini kerana ia melibatkan kira-kira 53 trilion kaki padu (tcf) simpanan dan sumber gas asli, dan penjualannya akan mengakibatkan kehilangan potensi pendapatan jangka panjang selama beberapa dekad," kata Presiden Gerakan, Dominic Lau dalam satu kenyataan hari ini.

    Semalam, Bloomberg melaporkan bahawa Petronas sedang bekerjasama dengan penasihat kewangan bagi meneliti kemungkinan menjual syarikat tersebut.

    Urusniaga itu dilaporkan menilai perniagaan Petronas di Kanada antara AS$6 bilion hingga AS$7 bilion, menurut sumber yang dipetik.

    Petronas juga mempertimbangkan untuk menjual pegangan minoriti, bergantung kepada penilaian, dan telah memulakan rundingan awal dengan bakal pembeli.

    Risiko kehilangan kedudukan strategik

    Menyifatkan isu ini sebagai serius, Lau berkata kerajaan perlu memberikan maklumat terperinci kepada rakyat.

    Menurutnya, Kanada adalah antara negara dengan simpanan minyak dan gas terbesar di dunia.

    "Sekiranya Petronas meneruskan penjualan syarikat yang mempunyai potensi tinggi untuk berkembang dan menjana keuntungan ini, ia boleh dianggap sebagai melepaskan kedudukan strategik sebagai pemain utama dalam industri gas asli cecair (LNG) global.

    "Oleh itu, kerajaan perlu bertindak dengan penuh berhati-hati,” tambahnya.

    MENARIK:  Tahap air di dua empangan di Pulau Pinang susut ketara

    Lau berkata sejak 2023, Petronas telah menjual beberapa aset, termasuk 74 peratus pegangan dalam syarikat Engen di Afrika Selatan, yang memiliki lebih 1,300 stesen minyak.

    Pada April tahun ini, katanya, Petronas telah melepaskan 50 peratus kepentingan dalam ladang minyak Vaca Muerta di Argentina.

    "Apakah aset lain yang akan dijual pada masa hadapan? Mengapa kerajaan pimpinan Anwar tidak memperluas operasi antarabangsa Petronas, sebaliknya terus menjual asetnya?

    "Lebih penting lagi, mengapa semua urus niaga ini dilakukan secara senyap tanpa perbincangan terbuka? Saya berharap Anwar, selaku Menteri Kewangan, dapat menjelaskan kepada rakyat tujuan dan hala tuju masa depan bagi siri penjualan aset ini," tambahnya.

    Sementara itu Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan kerajaan bahawa isu berkenaan bukan lagi soal korporat, tetapi menyentuh soal tanggungjawab negara.

    "Rakyat menuntut penjelasan terbuka di parlimen daripada perdana menteri serta laporan penuh lelaburan dan pulangan Progress Energy," katanya.

    Selain jaminan bahawa pegangan LNG Kanada tidak akan dijual, dia juga menuntut kerajaan melaksanakan moratorium segera ke atas penjualan aset luar negara milik GLC.

    "Petronas bukan milik Putrajaya. Ia milik rakyat. Jika kerajaan terus menjual aset negara untuk tampung kegagalan sendiri, maka rakyat akan bangkit bersuara," tegasnya.

    Terdahulu hari ini, Petronas dalam satu kenyataan hari ini menafikan laporan yang mendakwa syarikat itu akan meninggalkan Kanada.

    “Sebarang laporan yang mendakwa Petronas akan meninggalkan Kanada adalah tidak tepat,” jelas kenyataan tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah