Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, akan merasmikan Kongres Nasional Pemuda (AMK) dan Wanita PKR yang dijadual berlangsung di Johor Bahru esok.
Perkembangan itu berlaku selepas usaha memujuk Rafizi Ramli merasmikan majlis tersebut selaku timbalan presiden parti seperti apa yang lazim berlaku setiap tahun.
Bercakap kepada Malaysiakini, Fuziah mengesahkan bahawa dia menerima pelawaan sayap itu untuk merasmikan persidangan mereka pada awal hari ini.
Fuziah berkata pemimpin AMK dan Wanita PKR telah memintanya untuk menggantikan Rafizi selepas menteri ekonomi itu menolak jemputan mereka.
Menjelaskan perkara itu, Fuziah berkata, dia tidak terus memberikan persetujuan atas jemputan yang diterima, sebaliknya menasihatkan AMK dan Wanita PKR agar memujuk Rafizi sebaik mungkin.
"Saya beritahu mereka supaya cuba yang terbaik, dan mereka daj melakukannya tetapi gagal.
"Justeru saya memutuskan untuk menerima jemputan kerana tidak mahu melemahkan semangat mereka," katanya.
[Laporan lanjut menyusul]





