29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, August 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Firdaus padam video nasihat tukar agama secara rahsia

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Firdaus Wong telah menurunkan video Tiktok yang didakwa mengandungi nasihat mengenai penukaran agama kanak-kanak secara rahsia.

    Peguam Norazali Nordin memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

    Terdahulu, hakim Amarjeet Singh mengeluarkan perintah ex-parte (prosiding dengan hanya satu pihak hadir) untuk mengekalkan status quo dalam kes saman sekumpulan ibu bapa bukan Islam terhadap Firdaus.

    Hakim kemudiannya menetapkan 24 Okt untuk mendengar hujah oleh pasukan peguam untuk menarik balik injunksi berkenaan.

    Kumpulan ibu bapa terbabit menuntut Firdaus memadam video TikTok yang didakwa mengandungi nasihat berhubung penukaran agama melibatkan kanak-kanak bawah umur secara rahsia.

    MENARIK:  Adendum Najib: Anwar tak boleh kata tak tahu - Aliran

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah