29.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FAM jawab tohmahan: Pemain warisan baru dapat kelulusan Fifa

    Shopee Sale

    Lima pemain warisan baru Malaysia daripada Amerika Selatan telah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

    Justeru kelima-lima mereka, termasuk Imanol Machuca, pemain kelahiran Argentina dengan nilai pasaran lebih RM12 juta, boleh beraksi malam ini.

    Penegasan itu dibuat sebentar tadi, kira-kira lapan jam sebelum perlawanan penting untuk kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di Bukit Jalil malam ini.

    Selain Machuca, Facundo Garces, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado juga bakal membuat penampilan sulung bersama skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski.

    Perlawanan malam ini adalah perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi.

    MENARIK:  Kalah satu undi dalam ‘gelombang Vijay’, bekas menteri rujuk mahkamah

    Terdahulu, pengguna maya dari Vietnam dan Indonesia mempertikai keras pengundian pemain warisan baru Malaysia atas alasan Malaysia tidak mempunyai kaitan sejarah atau perhubungan rapat dengan negara-negara Amerika Latin.

    Pengguna maya di Indonesia berkata proses penyerapan pemain warisan negara mereka lebih telus apabila kaitannya dinyatakan dengan jelas, melibatkan identiti ibu bapa atau datuk serta nenek yang mempunyai hubungan darah dengan republik itu didedahkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah