27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Razman jawab Yeoh – Jumpa di mahkamah

    Shopee Sale

    Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria sedia berdepan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di mahkamah sivil berhubung sebarang kemungkinan saman fitnah.

    Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz hari ini mengesahkan anak guamnya Razman telah menjawab surat tuntutan pemimpin DAP itu yang dikaitkan dengan dakwaan dia adalah anak kepada pengasas YTL Corporation Berhad Yeoh Tiong Lay.

    “Jumpa di Mahkamah Tinggi Ipoh," kata peguam itu kepada Malaysiakini apabila ditanya mengenai jawapan pemimpin PAS itu pagi ini.

    Sementara itu, peguam Yeoh, Sangeet Kaur Deo mengesahkan kepada Malaysiakini berhubung jawapan Razman terhadap surat undang-undang itu.

    MENARIK:  Isu stoking: Polis tak benar sesiapa ambil tindakan sendiri - Saifuddin

    Antara tindakan seterusnya yang boleh diambil oleh Ahli Parlimen Segambut itu ialah memfailkan saman fitnah di mahkamah terhadap Adun Semanggol itu.

    Bulan lalu, Razman memohon maaf kepada Yeoh atas kesilapan yang dibuat semasa ucapan selama 30 minit, dengan petikan satu minit mengandungi dakwaan itu menjadi tular.

    Yeoh kemudiannya menggunakan platform media sosial X dan memberi amaran tentang tindakan undang-undang terhadap Razman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah