26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Exco agama Melaka arah JAIM siasat dakwaan hotel ‘mesra gay’

    Shopee Sale

    Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diarah menyiasat dakwaan berkaitan sebuah hotel dipercayai ‘mesra gay’ di negeri itu, yang tular di media sosial sejak semalam.

    Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata beliau telah mengarahkan JAIM untuk membuat siasatan terperinci berkaitan dakwaan itu.

    “Saya sudah mengarahkan JAIM untuk menyiasat dakwaan itu,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

    MENARIK:  PM Kemboja setuju cadangan gencatan senjata oleh Anwar

    Terdahulu, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung memuat naik satu hantaran di laman sosialnya berkaitan perkara itu.

    “Selain ‘pet-friendly mall’, Malaysia juga memiliki ‘family friendly’, ‘child friendly’ dan yang terbaharu ‘gay friendly’ hotel di Melaka.

    “Agak kreatif penjenamaan. Label ‘Muslim friendly’ pun boleh dijadikan bisnes, apatah lagi ‘gay friendly’,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah