29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Era Najib dan Muhyiddin paling banyak lantikan politik

    Shopee Sale

    Antara lima perdana menteri terakhir, lantikan politik paling banyak berlaku di era Najib Razak dengan 301 lantikan.

    Ia diikuti oleh Ismail Sabri (273), Muhyiddin Yassin (186), Anwar (95) dan Mahathir Mohamad (86).

    Data itu didedahkan oleh  Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) hasil pemantaunnya melalui projek Pantau Kuasa.

    "Oleh itu, jumlah lantikan politik yang tinggi amat membimbangkan, sama ada ia digunakan sebagai jalan untuk sokongan politik semasa pentadbiran mereka," kata pegawai Ideas Doris Liew.

    Dia berkata demikian semasa pelancaran Pantau Kuasa pagi tadi.

    Tempoh pentadbiran Ismail, Muhyiddin dan Mahathir bagaimanapun amat pendek tidak sampai setahun.

    MENARIK:  Fahmi zahir simpati pada Wan Saiful, saran 'filemkan' kisah hidup

    Pantau Kuasa mentantau lantikan politik di badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan bermula 2013.

    Mereka mengelaskan sesuatu itu sebagai lantikan politik apabila melibatkan pemegang anggota parlimen, anggota dewan undangan (Adun), pemimpin parti serta calon yang kalah pilihan raya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah