27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Empat termasuk Datuk Seri ditahan kemuka tuntutan palsu RM360 juta

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu sebanyak kira-kira RM360 juta.

    Menurut sumber, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 50-an dan 70-an itu ditahan antara pukul 4 hingga 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

    “Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2016 hingga 2017.

    “Keempat-empat suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM1.30 bilion,” katanya.

    MENARIK:  AS kenal pasti suspek pembunuhan Charlie Kirk

    Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    Permohonan reman ke atas kesemua suspek akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok.

    – Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah