27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Empat anggota polis direman lima hari bantu siasatan kes rasuah RM12,000

    Shopee Sale

    Empat anggota polis direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam keretanya.

    Perintah reman hingga 11 April terhadap kesemua anggota polis yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Kelantan itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berumur lingkungan 20 hingga 40-an telah ditahan antara 9 pagi hingga 1 tengah hari semalam di pejabat masing-masing.

    "Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada Disember 2025.

    MENARIK:  PSM ingatkan Anwar ketika Najib didesak letak jawatan kerana laporan media

    "Keempat-empat suspek dipercayai telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik pihak ketiga,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah