34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua lagi pengikut GISBH didakwa

    Shopee Sale

    Dua lagi pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) akan didakwa di Mahkamah Klang, hari ini.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata bagi kes pertama, wanita berusia 44 tahun akan didakwa di Mahkamah Klang mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 (Akta 670).

    Beliau berkata arahan pertuduhan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 17 Okt dan suspek akan didakwa pukul 9 pagi.

    MENARIK:  PRN Sabah: Hanya 1 dari 5 pemenang raih lebih 50% undi

    “Seorang lagi wanita berusia 54 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang mengikut Seksyen 5(1) Akta Pusat Jagaan 1993.

    “Arahan pertuduhan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 15 Okt dan suspek akan didakwa jam 9 pagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Beliau berkata kedua-dua suspek itu tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah