34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua beradik, ibu saudara ditemukan meninggal dunia

    Shopee Sale

    Dua beradik lelaki dan perempuan serta ibu saudara mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Tanjung Port Dickson hari ini.

    Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia dalam lingkungan 38 hingga 56 tahun itu daripada Hospital Port Dickson pada 12.20 tengah malam.

    “Siasatan awal mendapati dua mayat ditemukan di bahagian ruang tamu manakala seorang lagi di atas katil dalam bilik tidur di rumah. Ketiga-tiga berada dalam keadaan terlentang dengan lengkap berpakaian.

    MENARIK:  Ramasamy: Anwar tak perlu jadi diktator tangani isu DNAA

    “Seorang mangsa dikenal pasti mempunyai penyakit kronik manakala seorang lagi orang kurang upaya (sindrom),” katanya dalam kenyataan di Seremban malam ini.

    Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan mereka tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau perlakuan jenayah selain tiada sebarang kesan geledah atau kehilangan barang-barang peribadi.

    Alzafny berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bezah siasat dan kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah