28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta

    Shopee Sale

    Dua anggota polis masing-masing berpangkat Koperal dan Sarjan Mejar yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta.

    Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata tindakan terhadap pasangan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya itu diambil selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

    “Selain arahan pertukaran, tindakan tatatertib juga diambil terhadap dua anggota terbabit oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Semalam, media melaporkan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang bersama seorang lelaki yang juga rakan sekerjanya ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas disyaki berkhalwat di dalam bilik sebuah hotel.

    MENARIK:  Teka-teki PAS mengenai calon pengerusi PN ibarat ‘Akademi Fantasia’ - Faiz

    Serbuan dilakukan pada 1.30 pagi selepas pihak JHEAIPP menerima aduan daripada suami wanita itu.

    Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP Alamin Majok berkata hasil serbuan membawa kepada tangkapan seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berumur 37 tahun.

    Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana berkhalwat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah