27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua anggota AADK direman disyaki minta, terima rasuah RM2,000

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 pada tahun lepas.

    Perintah reman selama empat hari bermula semalam terhadap dua suspek wanita itu dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas membenarkan permohonan SPRM di Hospital Sultanah Bahiyah, di Alor Setar pagi semalam.

    Permohonan dibuat di hospital kerana seorang daripada suspek difahamkan mengalami masalah kesihatan.

    Menurut sumber, dua suspek berusia lingkungan 30 dan 40-an ditahan antara 2 hingga 5 petang Isnin lepas, semasa hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

    “Siasatan awal mempercayai dua suspek itu bersubahat menerima wang tunai kira-kira RM2,000 pada tahun lepas daripada seorang individu bagi menyelesaikan kes ujian saringan air kencing positif dadah,” katanya.

    MENARIK:  Waspada panggilan telefon menyamar pegawai MCMC

    Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah