26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr Zaliha Mustafa dilantik Pengerusi baharu BBC

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Ahli Parlimen Sekijang Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, dilantik sebagai Pengerusi baharu Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (BBC).

    Pelantikan wakil rakyat dari PKR itu dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Mohd Nor, ketika mempengerusikan sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    “Yang Berhormat Sekijang dilantik sebagai Pengerusi BBC. Tahniah. Saya baru dapat pemakluman (berhubung pelantikan Dr Zaliha),” katanya.

    MENARIK:  PRK Sg Bakap: Henti khianat bahan kempen kami - PH P Pinang

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu menggantikan Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah, yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Ekonomi.

    BBC merupakan organisasi yang terdiri daripada anggota Dewan Rakyat yang tidak termasuk dalam Kabinet, berfungsi mendukung anggota bukan Kabinet dan membantu dalam urusan Parlimen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah