27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dividen tinggi, indikator KWSP tunai fungsinya dengan baik: Uni-MLC

    Shopee Sale

    Pengumuman kadar dividen tinggi oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2024 adalah indikator bahawa institusi itu berjaya menunaikan fungsinya dengan baik dan efektif sebagai ‘nadi’ simpanan usia tua atau selepas bersara negara.

    Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata kadar pulangan dividen tertinggi diberikan sejak 2017 itu juga menunjukkan ia mampu menjana pulangan lebih baik berbanding platform simpanan lain, termasuk bank.

    “Sebagai badan mewakili pekerja dan dianggotai lebih 100 kesatuan sekerja, UNIMLC melihat peningkatan kadar dividen ini akan meningkatkan keyakinan pencarum terhadap KWSP sebagai badan pengurus simpanan para pekerja di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Semalam, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

    MENARIK:  Cadangan pemisahan peranan AG, pendakwa raya dibawa ke kabinet Ogos

    Mohamed Shafie berkata UNI-MLC juga yakin berita baik ini juga akan menggalakkan caruman atau simpanan secara sukarela.

    “UNI-MLC yakin dan percaya, KWSP akan terus mempertingkatkan daya pelaburannya untuk menjana pulangan lebih baik demi manfaat dan kepentingan para pencarum,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah