25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baru Cina

    Shopee Sale

    Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dengan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM19.5 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet semalam selaras dengan usaha kerajaan menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum serta agama.

    “Pelaksanaan diskaun akan bermula pada 12.01 tengah malam 14 Feb dan berakhir pada 11.59 malam 15 Feb.

    “Pemberian diskaun ini diharap dapat meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan itu serta menjelang Ramadan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

    Nanta berkata inisiatif itu terpakai kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang namun tidak melibatkan plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

    MENARIK:  Misi baru cari MH370: K'jaan sedia jumpa Ocean Infinity - Loke

    Beliau berkata pengundian tarikh itu bertujuan mengelakkan penumpuan trafik selain mengoptimumkan pengoperasian serta penyelarasan logistik tambahan di kawasan hentian sebelah dan Rehat dan Rawat (R&R).

    Sehubungan itu, Nanta menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan baik, mematuhi had laju dan arahan papan tanda serta memanfaatkan aplikasi MyPLUS-TTA dan TuJu Highway Navigation Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk cadangan waktu perjalanan.

    Beliau turut mengesyorkan orang ramai menyemak maklumat trafik semasa melalui saluran rasmi LLM atau menghubungi pusat pengurusan trafik agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah