24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DAP persoal ‘Langkah Sheraton’ Azmin lepas pergolakan Bersatu

    Shopee Sale

    Ketika Bersatu berdepan pergolakan dalaman, ahli Parlimen DAP, Liew Chin Tong mempersoalkan apakah strategi yang sedang bermain di fikiran setiausaha agung parti itu, Azmin Ali.

    Liew mengimbas kembali perananan penting Azmin dalam “Langkah Sheraton” 2020 yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan mengangkat Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

    Liew Chin Tong

    “Saya tertanya-tanya formula baru apa yang sedang difikirkan Azmin – sama ada untuk naik menggantikan Muhyiddin, atau menjatuhkan timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, dan pada masa sama cuba menampilkan diri sebagai pencabar utama Anwar Ibrahim dalam permainan politik yang lebih besar,” katanya.


    BACA: KATA MP l Perpecahan dalaman parti bernama Bersatu


    Pada 2020, Azmin yang ketika itu adalah timbalan presiden PKR memimpin sekumpulan ahli parlimen untuk berpaling tadah, sekali gus membuka jalan kepada kejatuhan kerajaan PH.

    Mengulas ucapan Muhyiddin di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu hujung minggu lalu – yang mendakwa wujud usaha menyingkirkannya – Liew berkata pergolakan itu tidak mengejutkan.

    MENARIK:  Pindaan PPPA: Teresa minta KDN lebih telus, lindungi kebebasan media

    “Bersatu tidak berada dalam keadaan baik. Tidak hairan kerana teras kepimpinannya rapuh, terbentuk daripada abu ‘Langkah Sheraton’, terdiri daripada individu tanpa prinsip dan agenda jelas – Muhyiddin sebagai pengasas bersama Bersatu, Hamzah dari Umno yang mengetuai lompat parti selepas PRU14, dan Azmin yang berpaling tadah daripada PKR,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

    Malah, menurut Liew, Muhyiddin melakukan tiga kesilapan besar dalam ucapannya.

    Pertama, beliau menganggap tidak bijak apabila Muhyiddin sendiri menonjolkan kedudukannya yang rapuh.

    “Kenapa timbulkan isu ada pihak dalam parti mahu menjatuhkannya jika dia fikir ini perkara kecil – seperti yang dikatakannya kepada wartawan ketika ditanya mengenai protes di dalam dewan?” soal Liew.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah