25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwaan tunjuk pistol: Polis akan rakam keterangan Adun PKR minggu ini

    Shopee Sale

    Polis dijangka merakam percakapan Adun Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad minggu ini berhubung dakwaan membuat ugutan dengan menunjukkan senjata api pada pengundian PKR peringkat Cabang di Ipoh, semalam.

    Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin bagaimanapun berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang masa atau tarikh tertentu kepada Adun berkenaan untuk memberi keterangan.

    "Kita faham beliau juga sedang sibuk berkempen (Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning). Diharapkan beliau akan datang kepada pihak kita untuk dirakam keterangan minggu ini," katanya pada sidang media di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, lapor Bernama.

    Hisam berkata lapan saksi telah tampil memberi keterangan dan pihaknya sedang mengesan saksi lain yang dikatakan melihat kejadian itu sebagaimana dalam rakaman video yang tular.

    MENARIK:  Henti sebar maklumat tidak tepat mengenai kes Zara Qairina - IGP

    Semalam, Arafat menafikan dakwaan dia menunjukkan sepucuk pistol kepada kumpulan pencabarnya semasa kempen pengundian parti.

    Dalam pengundian itu, Arafat dicabar Shamsul Kamar Ani bagi jawatan ketua cabang PKR Tambun.

    A Kalaimughilan, yang merupakan rakan sepasukan Shamsul memuat naik satu video mendakwa Arafat hadir dalam satu majlis sambutan hari raya dan menunjukkan pistol ke arah mereka.

    Kalaimughilan bersama beberapa individu lain turut mendakwa mempunyai bukti bagi menyokong dakwaan tersebut.

    Bagaimanapun Arafat berkata dia telah membuat laporan polis berhubung tuduhan tersebut.

    “Setiap kali tempoh pengundian parti akan ada yang memfitnah untuk kepentingan politik calon yang menentang saya dalam pengundian," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah