29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwaan gangguan seksual: Doktor buat laporan polis

    Shopee Sale

    Polis menerima laporan daripada seorang doktor lelaki yang bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, berhubung penyebaran surat layang di media sosial yang memburukkan namanya.

    Ketua Polis Daerah Ipоh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata lelaki berusia 43 tahun itu membuat laporan berkenaan semalam.

    "Siasatan awal mendapati surat layang yang tersebar menuduh doktor lelaki terbabit dan beberapa staf lain melakukan perbuatan terkutuk, khususnya terhadap doktor pelatih yang bekerja di Jabatan Ortopedik HRPB," katanya.

    Yahaya berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahn memfitnah, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

    "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, ASP Fadli Ahmad, di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan pihak polis.

    "Polis menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-sewenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angin atau fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti seseorang," katanya.

    MENARIK:  Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat berlepas

    Terdahulu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata pihaknya menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas susulan dakwaan mengenai salah laku gangguan seksual serta ugutan membabitkan kakitangan HRPB.

    Sebelum itu, tular surat layang yang dimuat naik di media sosial menerusi Facebook dan X yang meraih perhatian warganet.

    Surat itu mendakwa doktor terbabit sering mengganggu doktor pelatih wanita khususnya di jabatan ortopedik secara seksual dan mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah