30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dagangan saham FGV digantung mulai 25 Ogos

    Shopee Sale

    Bursa Malaysia Bhd mengumumkan dagangan sekuriti berkaitan dengan FGV Holdings Bhd akan digantung berkuat kuasa mulai 9 pagi, 25 Ogos, 2025 selaras dengan Perenggan 16.02(3) Kehendak-Kehendak Penyenaraian Pasaran Utama.

    Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV menjelaskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersama pihak-pihak yang bertindak untuk matlamat yang sama (PAC) kini memegang lebih 90 peratus saham FGV, dan Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV di Pasaran Utama, Bursa Securities.

    MENARIK:  Bekas pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia

    “Oleh yang demikian, Felda akan memperoleh FGV untuk melaksanakan semua langkah yang diperlukan bagi mengeluarkan status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi selaras dengan Perenggan 16.07 Kehendak-Kehendak Penyenaraian,” jelasnya.

    Menurut laporan sebelum ini, Felda bersama PAC telah berjaya memperoleh 94.97 peratus daripada jumlah saham terbitan FGV, meliputi 3.46 bilion saham, sekali gus membuka jalan untuk penyahsenaraian FGV daripada Pasaran Utama.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah