25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Facebook, Instagram, Messenger berdepan masalah log masuk

    Shopee Sale

    Beberapa media sosial di bawah Meta berdepan masalah malam ini, melibatkan Facebook, Instagram dan Messenger.

    Masalah itu menyebabkan pengguna dilog keluar daripada akaun media sosial mereka dan tidak dapat untuk log masuk semula.

    Laman Downdetector merekodkan peningkatan aduan pengguna berkenaan masalah untuk mengakses Facebook sejak 11.14 malam, dengan lebih 350,000 aduan diterima setakat ini.

    Ramai pengguna yang menggunakan platform media sosial lain untuk membangkitkan isu tersebut atau bertanya jika orang lain turut berdepan perkara yang sama.

    Sementara itu, laman status Meta dalam kemas kini 11.17 malam menyatakan pihaknya sedar berkenaan masalah log masuk Facebook.

    MENARIK:  Amanah saran gubal akta khas tangani ucapan kebencian

    "Pasukan jurutera kami sedang giat menyelesaikan isu ini secepat mungkin," katanya.

    Laman sama turut melaporkan Meta berdepan "gangguan besar" melibatkan pusat pengurusan untuk pengguna bisnes, WhatsApp Business dan API pemasaran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah