26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Campur tangan insurans dalam rawatan pesakit bercanggah undang-undang- menteri

    Shopee Sale

    Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa sebarang tindakan yang boleh menggugat kebebasan pengamal perubatan dalam melaksanakan tanggungjawab merawat pesakit boleh ditafsirkan sebagai tidak konsisten dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

    Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu dipandang serius susulan kebimbangan berhubung campur tangan pengendali insurans, takaful dan pentadbir pihak ketiga (TPA) dalam pengurusan rawatan yang berpotensi mempengaruhi keputusan klinikal doktor di hospital swasta.

    Beliau berkata sebarang bentuk campur tangan sedemikian bercanggah dengan peruntukan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) yang menjamin tanggungjawab profesional pengamal perubatan dalam memberikan rawatan kepada pesakit.

    MENARIK:  Ulama PAS pun pernah tersasul, kata Khairuddin

    "KKM memainkan perananan aktif menerusi Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan (GMC), sebuah platform melibatkan pelbagai pemegang taruh termasuk Bank Negara Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia, wakil syarikat insurans, pengendali takaful dan TPA bagi membincangkan serta mencari penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan.

    ”Ia sebuah jawatankuasa untuk membincangkan serta mencari penyelesaian tuntas bagi usaha-usaha yang dibangkitkan bersama pemegang taruh,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah